Sabtu, 14 Februari 2015

LAWATAN MEMBONGKAR MISTERI PULAU BESAR MELAKA

Dark Side Tour
LAWATAN MEMBONGKAR MISTERI PULAU BESAR MELAKA
2 HARI 1 MALAM
12-13 November 2011
Pulau Besar mempunyai keluasan kira-kira 168 hektar dan merupakan pulau yang terbesar sekali di Melaka.· Ia merupakan sebuah pulau di luar pantai Melaka. Terletak 15km daripada Bandar Melaka serta dihubungkan melalui pengangkutan air. Terdapat kemudahan feri· disediakan di antara Tanah Besar iaitu di Jeti Anjung Batu dan juga kemudahan bot yang boleh disewa di Jeti Umbai, Melaka. Banyak lagenda dikaitkan dengan pulau ini.

Pulau Besar dari jauh kelihatan seperti seorang wanita hamil yang sedang berbaring. Pulau Besar dikatakan penuh dengan sejarahnya yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara khususnya bagi mereka daripada keturunan India Muslim Malaysia dan Singapura.

Pulau ini dianggap suci oleh orang-orang tempatan dan pelancong dinasihatkan untuk berkelakuan baik apabila berada di pulau ini. Terdapat chalet dan gerai-gerai yang disediakan bagi pelancong agar mereka dapat menikmati pantai yang cantik dan pemandangan yang indah.
HARI 01
Menaiki ferry menuju ke Pulau Besar, tiba di penginapan daftar masuk dan makan tengahari di sediakan di hotel tersebut. Selepas makan anda bebas untuk solat dan berkumpul untuk penerangan dan sesi taklimat. Kita akan melawat tempat2 sepertiMakam Sultan Al-Ariffin Syeikh Ismail, Makam Syarifah Rodziah, Makam Saiyid Ibrahim (R.A), Batu Tengkorak, Pokok Disula, Tasik Biawak, Batu Belah, Keramat Masin Tawar, Istana Bunian, Perkampungan Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Makam Nenek Kebayan, Makam Tok Janggut, Makan Seribu, Makam Tujuh Beradik, Makam Nisan Satu, Tapak Kaki Sultan Arifeen dan sebagainya. Makan malam di hotel.
Sebelah malam Dark Tour/Membongkar Misteri Pulau Besar diketuai Oleh Paranormal Reseacher En. Rahmat Mokhtar yang berpengetahuan luas mengenai pulau ini.
HARI 02
Selepas sarapan peserta akan bebas mengadakan aktivii masing-masing sementara daftar keluar dari hotel seperti acara pantai dan lain-lain. Menaiki ferry dan tamat.
HARGA RM195 SEORANG TERMASUK
Penginapan di hotel D Puteri Kurnia* Ac Room + Hot Water + TV.
Sarapan 1X, Makan Tengahari 1X, Makan Malam 1X.
Ferry Ulang alik dan Lawatan seperti di atas.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar